Hari Sukan 2010

Hari Sukan SK Batu Yon telah berlangsung pada 1 April 2010 bertempat di padang awam Kg Bukit Betong. Pada hari tersebut, pelbagai acara akhir dipertandingkan.

Acara pada pagi itu bermula dengan lintas hormat kontijen-kontijen perbarisan daripada setiap rumah sukan iaitu rumah Bayan (Biru), Merak (Merah), Kenari (Kuning) dan Helang (Hijau) disusuli dengan upacara menaikkan bendera.
Selepas itu, Tarian Pelanduk yang menjadi warisan dan kebanggaan penduduk di sini turut dipersembahkan oleh murid-murid sekolah ini.

Kemudian Tuan Guru Besar SK Batu Yon, En Jamaludin Bin Othman, menyampaikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan acara sukan pada hari itu. Pada kira-kira jam 9 pagi, acara sukan pun bermula. Setiap rumah sukan bersaing dengan sengit untuk mengumpul mata bagi setiap acara akhir yang dipertandingkan.

Setelah dikira markah keseluruhan acara yang telah dipertandingkan termasuklah acara-acara ketika sukan tara,
rumah Helang telah menjadi johan keseluruhan acara sukan. Naib johan jatuh kepada rumah Merak, tempat ketiga, rumah Kenari dan tempat keempat, rumah Bayan.

Olahragawan pada tahun ini disandang oleh Khairul Azrim Iqmal Bin Alias (Kenari), manakala olahrawati pula disandang oleh Amirah Bt Khairudin (Bayan).

Category: 0 ulasan

Jumaat, April 16, 2010

Hari Sukan 2010

Posted by SK Batu Yon at 8:57 PG 0 comments