Riadah Tahun 6

Pada 7 Julai yang lalu,satu acara riadah telah diadakan untuk murid-murid tahun 6. Ini bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun 6 sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cerdas samada dari segi mental dan fizikal. Selain itu juga, melalui acara sebegini juga, diharap ianya dapat mengurangkan tekanan murid-murid tahun 6 memandangkan kurang dari 2 bulan lagi,mereka bakal menghadapi UPSR.

Riadah bermula kira-kira jam 8.30 pagi dengan acara senamrobik. Selepas itu, acara sukaneka bermula; guru-guru,staf-staf dan murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Acara yang pertama adalah acara "Mesej bergerak", acara kedua ialah acara "Menyumpit Cotton Bud" diikuti dengan acara ketiga iaitu acara "Menyambung Tali Terpanjang", seterusnya, adalah acara "Bowling Kelapa" dan yang terakhir adalah acara "Cari gula-gula di dalam tepung". Selepas itu, anak guru-guru dan staf-staf juga tidak ketinggalan untuk beriadah sama; mereka dikehendaki merebut gula-gula sebanyak mungkin.

Kira-kira jam 11.00 pagi riadah disambung semula dengan perlawanan Futsal mengikut kumpulan yang telah ditetapkan selepas berhenti minum pagi selama 30 minit. Perlawanan Futsal berlangsung selama sejam diikuti perlawanan badminton campuran. Semasa perlawanan badminton, setiap kumpulan dikehendaki menghantar 2 kumpulan beregu. Acara pada hari itu berakhir dengan acara penyampaian hadiah.

Category: 0 ulasan

Isnin, Ogos 16, 2010

Riadah Tahun 6

Posted by SK Batu Yon at 10:13 PG 0 comments