Jamuan Hari Raya & Majlis Jasamu Dikenang

Pada 28 September (Selasa) yang lalu, satu Jamuan Hari Raya & Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan. Ibubapa, guru-guru dan staf telah bergotong royong memasak bermula petang Isnin. Pelbagai juadah disediakan termasuklah lemang, rendang, laksa dan kuih muih.

Majlis pada pagi itu bermula jam 9.30 pagi, dengan paluan gendang menyambut kedatangan Tn Hj Ahmad Suhaimi Bin Mohamad dan tetamu-tetamu kehormat. En. Phillip Iskandar telah mengacara majlis pada pagi itu. Wakil murid, adik Mohd Syazmee Bin Hj Hamdan, YDP PIBG, En. Tn Hj Hamdan Bin Dilu, Guru Besar, En.Jamaludin Bin Othman, PPN dan seterusnya
Tn Hj Ahmad Suhaimi Bin Mohamad telah berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata dalam majlis tersebut.

Selepas itu, adik Alif Izuddin telah menyampaikan sebuah sajak yang ditujukan khas buat
Tn Hj Ahmad Suhaimi Bin Mohamad, diikuti dengan acara pemotongan kek oleh beliau dan seterusnya beliau telah menandatangani Buku Rekod Kehadiran beliau buat kali terakhir sebagai simbolik terhadap persaraan beliau.

Jasa beliau sebagai seorang guru akan dikenang sampai bila-bila. Harapan warga SKBY,semoga kehidupan beliau akan sentiasa dirahmati Allah SWT dan berbahagia selalu disamping isteri tercinta. "Selamat bersara TN HJ AHMAD SUHAIMI BIN MOHAMAD"..

Category: 0 ulasan

Ihya Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan ini, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru-guru SK Batu Yon, telah mengadakan program Ihya' Ramadan di mana murid-murid akan bertadarus Al-Quran dengan bimbingan guru-guru. Program ini diadakan di surau SK Batu Yon sepanjang waktu rehat. Tujuan program Ihya' Ramadan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang kelebihan bertadarus,memberi peluang kepada murid-murid untuk menambahkan lagi amalan sepanjang bulan Ramadan dan mendekatkan lagi diri mereka dengan Al-Quran. Kemuncak majlis tadarus ini,adalah majlis khatam Al-Quran secara beramai-ramai yang telah diadakan pada 2 September 2010.

Category: 0 ulasan

Sumbangan Aidilfitri

Pada 3 September, guru-guru & staf-staf SK Batu Yon telah memberikan bantuan Aidilfitri kepada murid-murid SK Batu Yon yang terpilih. Seramai 6 orang murid terpilih untuk menerima bantuan tersebut. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim dan ada juga yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Di majlis itu juga, guru-guru berkesempatan memberi duit raya kepada muri-murid mereka. Murid-murid,guru-guru dan staf-staf SK Batu Yon turut bermaaf-maafan pada penghujung majlis ini.

Category: 0 ulasan

Khamis, September 30, 2010

Jamuan Hari Raya & Majlis Jasamu Dikenang

Posted by SK Batu Yon at 9:57 PG 0 comments

Khamis, September 16, 2010

Ihya Ramadan

Posted by SK Batu Yon at 10:52 PTG 0 comments

Sepanjang bulan Ramadan ini, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru-guru SK Batu Yon, telah mengadakan program Ihya' Ramadan di mana murid-murid akan bertadarus Al-Quran dengan bimbingan guru-guru. Program ini diadakan di surau SK Batu Yon sepanjang waktu rehat. Tujuan program Ihya' Ramadan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang kelebihan bertadarus,memberi peluang kepada murid-murid untuk menambahkan lagi amalan sepanjang bulan Ramadan dan mendekatkan lagi diri mereka dengan Al-Quran. Kemuncak majlis tadarus ini,adalah majlis khatam Al-Quran secara beramai-ramai yang telah diadakan pada 2 September 2010.

Isnin, September 06, 2010