Jamuan Asrama Sesi 2010

Pada 16 November 2010, pihak pengurusan asmara SK Batu Yon telah mengadakan jamuan akhir tahun bagi murid-murid asrama sesi 2010. Jamuan ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada murid-murid asrama yang berjaya dengan cemerlang samada dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah serta meraikan murid-murid tahun 6 yang tinggal di asrama yang bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.

Category: 1 ulasan

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Pada 15 November yang lalu, bertempat di Dewan SK Batu Yon, telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2010. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf pencapaian murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2010.

Majlis pada pagi itu bermula pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDP PIBG, Tn. Hj. Hamdan Bin Dilu diikuti ucapan daripada tuan Guru Besar, En. Jamaludin Bin Othman;PPN dan ucapan perasmian oleh En. Shahrom Bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis.

Kira-kira jam 9.15 pagi, majlis penyampaian hadiah bermula. Majlis ini berakhir dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 6 dibawah pimpinan Puan Hasni Bt Che Mat.

Category: 0 ulasan

Tahniah!!

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada murid-murid tahun 6 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang pada UPSR yang lalu. Peratus pencapai sekolah pada UPSR tahun ini telah meningkat di mana seramai 3 orang murid telah mendapat 5A iaitu Mohamad Syazmee Bin Hamdan, Muhammad Khairul Nizam Bin Ramli dan Muhammad Syahidan Bin Suhaimi.. Semoga murid-murid tahun 6 sesi 2010 akan terus maju di masa-masa akan datang.. All the best!!

Category: 0 ulasan

Isnin, November 22, 2010

Jamuan Asrama Sesi 2010

Posted by SK Batu Yon at 9:32 PG 1 comments
Pada 16 November 2010, pihak pengurusan asmara SK Batu Yon telah mengadakan jamuan akhir tahun bagi murid-murid asrama sesi 2010. Jamuan ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada murid-murid asrama yang berjaya dengan cemerlang samada dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah serta meraikan murid-murid tahun 6 yang tinggal di asrama yang bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Posted by SK Batu Yon at 9:12 PG 0 comments
Pada 15 November yang lalu, bertempat di Dewan SK Batu Yon, telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2010. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf pencapaian murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2010.

Majlis pada pagi itu bermula pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDP PIBG, Tn. Hj. Hamdan Bin Dilu diikuti ucapan daripada tuan Guru Besar, En. Jamaludin Bin Othman;PPN dan ucapan perasmian oleh En. Shahrom Bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis.

Kira-kira jam 9.15 pagi, majlis penyampaian hadiah bermula. Majlis ini berakhir dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 6 dibawah pimpinan Puan Hasni Bt Che Mat.

Tahniah!!

Posted by SK Batu Yon at 8:59 PG 0 comments