Kursus Kepimpinan 2010

Pada 19 dan 20 Mei yang lalu, SK Batu Yon telah mengadakan satu Kursus Kepimpinan yang bertempat di Gua Bama, Kuala Lipis. Kursus ini disertai oleh seramai 52 orang murid dan diiringi oleh 5 orang guru dan beberapa orang staf sekolah.

Murid-murid mula bertolak ke Gua Bama sekitar jam 3 petang. Selepas sampai di Gua Bama, murid-murid bekerjasama untuk mendirikan khemah. Kemudian, aktiviti ice-breaking dijalankan untuk menentukan kumpulan masing-masing. Setelah selesai aktiviti ice-breaking, mereka dibenarkan untuk melihat keindahan alam semulajadi di kawasan sekitar di bawah pengawasan guru-guru pengiring. Mereka kemudiannya membersihkan diri, makan malam dan seterusnya bersedia untuk solat berjemaah Maghrib dan Isyak.

Selepas selesai solat berjemaah, En. Shukri daripada Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, mula mengedalikan aktiviti yang kedua iaitu aktiviti motivasi yang bertajuk " Menjadi Pemimpin yang Cemerlang". Pelbagai aktiviti yang menguji minda dan memupuk semangat berkumpulan diadakan untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan yang ada di dalam diri mereka. Aktivti ini selesai pada jam 11 malam.

Pada pagi 20 Mei 2010,murid-murid dikejutkan seawal jam 5.30 pagi untuk membersihkan diri serta bersedia untuk solat Subuh berjemaah. Selepas solat Subuh, mereka melakukan sedikit senamrobik agar lebih cergas untuk melakukan aktiviti yang seterusnya.

Sekitar jam 8.30 pagi, murid-murid dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing untuk memulakan pendakian ke Gua Bama. Pendakian ke Gua Bama diiringi oleh 3 orang fasilitator yang terdiri daripada penduduk Kg. Relong. Sepanjang pendakian ke Gua Bama, mereka dikehendaki menyelesaikan beberapa tugasan iaitu :

Check Point 1 : Mengira jumlah anak tangga yang ada di sepanjang pendakian.
Check Point 2 : Menyanyi serta menulis 1 lirik lagu rakyat yang diketahui.
Check Point 3 : Membaca dan menulis Rukun Negara Malaysia.
Check Point 4 : Membaca dan menulis Rukun Islam dan Rukun Iman.

Akhirnya, kira-kira jam 10.30 pagi, mereka tiba di Gua Bama. Di sini, mereka diterangkan tentang asal usul nama Gua Bama oleh En. Jafni B. Abu Bakar. Nama gua ini diperoleh sempena daripada nama seorang musafir yang datang bertapa di gua ini pada zaman dahulu iaitu Barhama. Selepas itu, gua ini dikenali sebagai Gua Barhama oleh penduduk kampung dan lama-kelamaan gua ini cuma dikenali sebagai Gua Bama. Gua ini juga dikatakan pernah menjadi tempat pertemuan Sang Kelembai pada suatu ketika dahulu.

Selepas selesai menerangkan asal usul Gua Bama, En. Jafni membuat kesimpulan bagi setiap tugasan yang telah diberikan. Murid-murid memberi respon yang positif bagi setiap tugasan. Mereka kemudiannya bergerak menuju ke tempat perkhemahan semula untuk sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Sekali lagi, mereka dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberikan seorang fasilitator yang terdiri daripada En. Elias, Puan Hasliza, Cik Norhayati, Cik Suhaila dan Cik Halimatun. Ketika sesi LDK, setiap murid diberikan peluang untuk mengemukan idea masing-masing.

Selepas selesai sesi LDK,murid-murid makan tengahari dan seterusnya bersiap sedia untuk solat Zohor berjemaah. Pada jam 2 petang, murid-murid sekali lagi diberi motivasi oleh En. Shukri. Pelbagai akviti dijalankan untuk memantapkan lagi sifat-sifat kepimpinan di dalam diri mereka.

Pada jam 4.15 petang, murid-murid diberi minum petang dan seterusnya mereka berkemas dan bersama-sama membersihkan tapak perkhemahan. Petang itu,mereka pulang dalam keadaan penat namun masih tersenyum gembira kerana mendapat pengalaman dan semangat baru.

Category: 0 ulasan

Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru SK Batu Yon pada tahun ini diadakan pada 19 Mei 2010.Pada pagi tersebut, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan ayahnda Guru Besar, En. Jamaludin B. Othman. Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu "Guru Malaysia" dengan disaksikan oleh semua murid-murid.

Selepas selesai acara di dewan, murid-murid dan guru-guru menukar pakaian untuk acara padang pula di mana pasukan guru melawan pasukan murid-murid.Antara perlawanan yang telah diadakan adalah perlawanan bola sepak; iaitu di antara guru-guru lelaki dan murid-muridlelaki manakala perlawanan bola jaring di antara guru-guru perempuan dan murid-murid perempuan.

Selesai sahaja kedua-dua perlawanan tersebut, guru-guru dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk acara sukaneka.

Selepas waktu rehat, guru-guru dan murid-murid berkumpul semula di dewan untuk menyambung semula acara penyampaian hadiah. Dalam acara tersebut, turut diselitkan persembahan daripada murid-murid SK Batu Yon.

Sebagai mengakhiri majlis,sedikit jamuan ringan telah diadakan.

Category: 0 ulasan

Selasa, Mei 18, 2010

Kursus Kepimpinan 2010

Posted by SK Batu Yon at 10:12 PG 0 comments

Posted by SK Batu Yon at 10:09 PG 0 comments