Futsal SK Batu Yon

Pada 26 Jun 2010, SK Batu Yon telah menghantar pasukannya ke pertandingan Futsal yang bertempat di Karnival Lipis, Dataran Lipis. Sebanyak 24 pasukan telah bertanding pada hari itu. SK Batu Yon telah mara ke peringkat akhir perlawanan. Pada peringkat akhir, pasukan SK Batu Yon telah bertemu pasukan daripada Kem Askar Lipis. Pasukan SK Batu Yon berjaya menumpaskan pasukan Kem Askar Lipis dan seterusnya menggondol gelaran Johan pada pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.

Category: 0 ulasan

Pertandingan Nasyid & Tulisan Jawi

Pada 13 Mei 2010, satu Pertandingan Nasyid & Tulisan Jawi peringkat Zon Jelai telah diadakan bertempat di SK LKTP Sg. Koyan. SK Batu Yon tidak ketinggalan menghantar pasukannya bagi pertandingan nasyid dan 3 orang wakil bagi pertandingan tulisan jawi.

Pasukan nasyid sekolah telah mencapai tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. Wakil bagi pertandingan tulisan jawi turut tidak menghampakan sekolah apabila berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori lelaki & perempuan.

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang terlibat dan berjaya mengharumkan nama sekolah.

Category: 0 ulasan

Rabu, Jun 30, 2010

Futsal SK Batu Yon

Posted by SK Batu Yon at 1:30 PTG 0 comments

Pada 26 Jun 2010, SK Batu Yon telah menghantar pasukannya ke pertandingan Futsal yang bertempat di Karnival Lipis, Dataran Lipis. Sebanyak 24 pasukan telah bertanding pada hari itu. SK Batu Yon telah mara ke peringkat akhir perlawanan. Pada peringkat akhir, pasukan SK Batu Yon telah bertemu pasukan daripada Kem Askar Lipis. Pasukan SK Batu Yon berjaya menumpaskan pasukan Kem Askar Lipis dan seterusnya menggondol gelaran Johan pada pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.

Pertandingan Nasyid & Tulisan Jawi

Posted by SK Batu Yon at 1:29 PTG 0 comments