Hari Sukan 2010

Hari Sukan SK Batu Yon telah berlangsung pada 1 April 2010 bertempat di padang awam Kg Bukit Betong. Pada hari tersebut, pelbagai acara akhir dipertandingkan.

Acara pada pagi itu bermula dengan lintas hormat kontijen-kontijen perbarisan daripada setiap rumah sukan iaitu rumah Bayan (Biru), Merak (Merah), Kenari (Kuning) dan Helang (Hijau) disusuli dengan upacara menaikkan bendera.
Selepas itu, Tarian Pelanduk yang menjadi warisan dan kebanggaan penduduk di sini turut dipersembahkan oleh murid-murid sekolah ini.

Kemudian Tuan Guru Besar SK Batu Yon, En Jamaludin Bin Othman, menyampaikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan acara sukan pada hari itu. Pada kira-kira jam 9 pagi, acara sukan pun bermula. Setiap rumah sukan bersaing dengan sengit untuk mengumpul mata bagi setiap acara akhir yang dipertandingkan.

Setelah dikira markah keseluruhan acara yang telah dipertandingkan termasuklah acara-acara ketika sukan tara,
rumah Helang telah menjadi johan keseluruhan acara sukan. Naib johan jatuh kepada rumah Merak, tempat ketiga, rumah Kenari dan tempat keempat, rumah Bayan.

Olahragawan pada tahun ini disandang oleh Khairul Azrim Iqmal Bin Alias (Kenari), manakala olahrawati pula disandang oleh Amirah Bt Khairudin (Bayan).

Category: 0 ulasan

Sambutan Maulidur Rasul

Pada 12 Mac 2010,satu sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di SKBY. Murid-murid mula berkumpul di tapak perhimpunan sekitar jam 8 pagi sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan seterusnya berarak beramai-ramai di sekitar sekolah.

Category: 0 ulasan

Program Motivasi Tahun 5 & 6

Category: 0 ulasan

Kempen Anti Dadah

Pada 28 Januari 2010, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Lipis telah datang ke sekolah ini dan telah mengadakan Kempen Anti Dadah untuk murid-murid. Pihak AADK Lipis mengadakan pameran serta memberi pendedahan dan penerangan kepada murid-murid tentang penyalahgunaan dadah, kesan- kesan negatif mengambil dadah, jenis-jenis dadah, bahaya dadah dan lain-lain lagi.

Category: 0 ulasan

Program Motivasi Tahun 6

Satu Program Motivasi untuk murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 28 Jan yang lepas. Program ini turut dihadari oleh ibubapa muri-murid Tahun 6. Ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh Datin Hajjah Samsiah Bt Chu.

Category: 0 ulasan

Jumaat, April 16, 2010

Hari Sukan 2010

Posted by SK Batu Yon at 8:57 PG 0 comments
Hari Sukan SK Batu Yon telah berlangsung pada 1 April 2010 bertempat di padang awam Kg Bukit Betong. Pada hari tersebut, pelbagai acara akhir dipertandingkan.

Acara pada pagi itu bermula dengan lintas hormat kontijen-kontijen perbarisan daripada setiap rumah sukan iaitu rumah Bayan (Biru), Merak (Merah), Kenari (Kuning) dan Helang (Hijau) disusuli dengan upacara menaikkan bendera.
Selepas itu, Tarian Pelanduk yang menjadi warisan dan kebanggaan penduduk di sini turut dipersembahkan oleh murid-murid sekolah ini.

Kemudian Tuan Guru Besar SK Batu Yon, En Jamaludin Bin Othman, menyampaikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan acara sukan pada hari itu. Pada kira-kira jam 9 pagi, acara sukan pun bermula. Setiap rumah sukan bersaing dengan sengit untuk mengumpul mata bagi setiap acara akhir yang dipertandingkan.

Setelah dikira markah keseluruhan acara yang telah dipertandingkan termasuklah acara-acara ketika sukan tara,
rumah Helang telah menjadi johan keseluruhan acara sukan. Naib johan jatuh kepada rumah Merak, tempat ketiga, rumah Kenari dan tempat keempat, rumah Bayan.

Olahragawan pada tahun ini disandang oleh Khairul Azrim Iqmal Bin Alias (Kenari), manakala olahrawati pula disandang oleh Amirah Bt Khairudin (Bayan).

Khamis, Mac 25, 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Posted by SK Batu Yon at 8:54 PG 0 comments

Pada 12 Mac 2010,satu sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di SKBY. Murid-murid mula berkumpul di tapak perhimpunan sekitar jam 8 pagi sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan seterusnya berarak beramai-ramai di sekitar sekolah.

Rabu, Mac 10, 2010

Program Motivasi Tahun 5 & 6

Posted by SK Batu Yon at 11:00 PTG 0 comments

Sabtu, Februari 06, 2010

Kempen Anti Dadah

Posted by SK Batu Yon at 4:12 PTG 0 comments

Pada 28 Januari 2010, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Lipis telah datang ke sekolah ini dan telah mengadakan Kempen Anti Dadah untuk murid-murid. Pihak AADK Lipis mengadakan pameran serta memberi pendedahan dan penerangan kepada murid-murid tentang penyalahgunaan dadah, kesan- kesan negatif mengambil dadah, jenis-jenis dadah, bahaya dadah dan lain-lain lagi.

Rabu, Februari 03, 2010

Program Motivasi Tahun 6

Posted by SK Batu Yon at 9:41 PG 0 comments