Bulan Ramadhan, Bulan Bercucuk Tanam




Ramadhan adalah bulan untuk bercucuk tanam di mana hasilnya akan menjadi bekalan untuk akhirat. Bulan Ramadhan juga memberi kesempatan kepada kita untuk membersihkan diri secara zahiriah dan batiniah. Justeru, sepanjang bulan Ramadhan ini, seluruh warga dan murid-murid di SKBY akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang mampu mendidik perkembangan rohani seperti bertadarus Al-Quran dan bersedekah jariah.

Matlamat utama program sebegini dianjurkan adalah untuk melatih diri (khususnya murid-murid Islam) untuk sentiasa menghambakan diri kepada Allah SWT supaya dapat melahirkan insan yang mempunyai kerohanian yang bersih.Selain itu, program-program ini juga dapat menghidupkan lagi bulan Ramadhan dengan amalan-amalan mulia, membudayakan amalan bertadarus di kalangan murid-murid, melatih murid-murid agar menghargai masa dengan melakukan amalan-amalan yang berfaedah serta dapat memperkenalkan murid-murid kepada cara hidup yang betul.

Category:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Rabu, September 09, 2009

Bulan Ramadhan, Bulan Bercucuk Tanam

Posted by SK Batu Yon at 3:57 PTG



Ramadhan adalah bulan untuk bercucuk tanam di mana hasilnya akan menjadi bekalan untuk akhirat. Bulan Ramadhan juga memberi kesempatan kepada kita untuk membersihkan diri secara zahiriah dan batiniah. Justeru, sepanjang bulan Ramadhan ini, seluruh warga dan murid-murid di SKBY akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang mampu mendidik perkembangan rohani seperti bertadarus Al-Quran dan bersedekah jariah.

Matlamat utama program sebegini dianjurkan adalah untuk melatih diri (khususnya murid-murid Islam) untuk sentiasa menghambakan diri kepada Allah SWT supaya dapat melahirkan insan yang mempunyai kerohanian yang bersih.Selain itu, program-program ini juga dapat menghidupkan lagi bulan Ramadhan dengan amalan-amalan mulia, membudayakan amalan bertadarus di kalangan murid-murid, melatih murid-murid agar menghargai masa dengan melakukan amalan-amalan yang berfaedah serta dapat memperkenalkan murid-murid kepada cara hidup yang betul.

0 comments on "Bulan Ramadhan, Bulan Bercucuk Tanam"

Catat Ulasan