Pada 21 Ogos yang lepas, karnival Matematik & Sains serta Karnival Bahasa Melayu telah diadakan di SKBY. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang berlangsungnya karnival tersebut; antaranya kuiz, pertandingan mewarna, melukis, bersajak dan bercerita.
Karnival ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada murid-murid bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Melayu, Sains dan Matematik serta aplikasinya dalam kehidupan seharian mereka disamping dapat merangsang kreativiti murid-murid.
Selain itu,murid-murid juga dapat mengembangkan minat, bakat dan sahsiah, kegiatan berfikir, meneroka dan mereka bentuk pelbagai jenis aktiviti. Pengalaman yang diperolehi dapat membantu murid membina dan mempertingkatkan keyakinan diri dalam pembentukan watak, membuat penilaian diri, mengenali citarasa sendiri dan dapat bersaing secara sihat sesama mereka. Pihak sekolah pula dapat mencari murid-murid yang mempunyai bakat bagi mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan seperti ini pada masa akan datang.
Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2020
5 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan