Perutusan Tahun 2010 oleh Guru Besar

Assalamualaikum WBT & Salam 1 Malaysia,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,kita dapat sama-sama melangkah ke tahun baru 2010. Pada 4 Januari yang lalu, bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2010.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan "WELCOME BACK TO SCHOOL" kepada murid-murid, warga pendidik serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Batu Yon (SKBY) dan masih belum terlambat kiranya untuk saya mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2010" kepada pengunjung-pengunjung blog ini.

Saya berharap dengan kehadiran tahun 2010 ini, murid-murid SKBY mempunyai semangat dan azam baru untuk lebih cemerlang samada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Oleh itu, murid-murid perlulah sentiasa mempunyai semangat daya saing di kalangan mereka. Selain itu, saya juga berharap murid-murid akan terus mengekalkan tahap disiplin yang tinggi samada semasa di sekolah mahupun di luar sesi persekolahan.

Saya percaya, tahun ini memberi cabaran yang besar untuk guru-guru bagi memastikan visi dan misi sekolah tercapai dan lebih-lebih lagi masyarakat kini mempunyai harapan yang tinggi terhadap guru-guru. Oleh itu, untuk mencorakkan masa depan murid-murid agar lebih cemerlang, ianya memerlukan pengorbanan yang besar daripada guru-guru. Justeru, saya ingin menyeru guru-guru untuk lebih bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab untuk mendidik murid-murid sekolah ini, bukan sahaja dalam bidang akademik dan kokurikulum, malahan juga dilengkapi dengan "Added Value" ataupun tambah nilai dari segi ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni. Sesungguhnya, segala yang kita lakukan adalah satu ibadah dan nescaya akan mendapat ganjaran daripada-Nya kelak. InsyaAllah..

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PIBG di atas sokongan dan bantuan yang telah dihulurkan selama ini bagi memastikan sekolah akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Diharap pihak PIBG akan terus memberikan sokongan kepada pihak sekolah di masa-masa akan datang.

Akhir kata, semoga SKBY akan terus memacu kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan. Saya juga berharap, dengan adanya blog ini, ianya dapat memberi lebih informasi mengenai SKBY dan aktiviti-aktivi terkini yang dijalankan untuk tatapan para pengunjung blog ini.

Sekian, terima kasih.

Category:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Jumaat, Januari 08, 2010

Perutusan Tahun 2010 oleh Guru Besar

Posted by SK Batu Yon at 12:57 PTG

0 comments on "Perutusan Tahun 2010 oleh Guru Besar"

Catat Ulasan