Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru SK Batu Yon pada tahun ini diadakan pada 19 Mei 2010.Pada pagi tersebut, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan ayahnda Guru Besar, En. Jamaludin B. Othman. Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu "Guru Malaysia" dengan disaksikan oleh semua murid-murid.

Selepas selesai acara di dewan, murid-murid dan guru-guru menukar pakaian untuk acara padang pula di mana pasukan guru melawan pasukan murid-murid.Antara perlawanan yang telah diadakan adalah perlawanan bola sepak; iaitu di antara guru-guru lelaki dan murid-muridlelaki manakala perlawanan bola jaring di antara guru-guru perempuan dan murid-murid perempuan.

Selesai sahaja kedua-dua perlawanan tersebut, guru-guru dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk acara sukaneka.

Selepas waktu rehat, guru-guru dan murid-murid berkumpul semula di dewan untuk menyambung semula acara penyampaian hadiah. Dalam acara tersebut, turut diselitkan persembahan daripada murid-murid SK Batu Yon.

Sebagai mengakhiri majlis,sedikit jamuan ringan telah diadakan.

Category:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Selasa, Mei 18, 2010

Hari Guru 2010

Posted by SK Batu Yon at 10:09 PG

0 comments on "Hari Guru 2010"

Catat Ulasan