Jamuan Hari Raya & Majlis Jasamu Dikenang

Pada 28 September (Selasa) yang lalu, satu Jamuan Hari Raya & Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan. Ibubapa, guru-guru dan staf telah bergotong royong memasak bermula petang Isnin. Pelbagai juadah disediakan termasuklah lemang, rendang, laksa dan kuih muih.

Majlis pada pagi itu bermula jam 9.30 pagi, dengan paluan gendang menyambut kedatangan Tn Hj Ahmad Suhaimi Bin Mohamad dan tetamu-tetamu kehormat. En. Phillip Iskandar telah mengacara majlis pada pagi itu. Wakil murid, adik Mohd Syazmee Bin Hj Hamdan, YDP PIBG, En. Tn Hj Hamdan Bin Dilu, Guru Besar, En.Jamaludin Bin Othman, PPN dan seterusnya
Tn Hj Ahmad Suhaimi Bin Mohamad telah berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata dalam majlis tersebut.

Selepas itu, adik Alif Izuddin telah menyampaikan sebuah sajak yang ditujukan khas buat
Tn Hj Ahmad Suhaimi Bin Mohamad, diikuti dengan acara pemotongan kek oleh beliau dan seterusnya beliau telah menandatangani Buku Rekod Kehadiran beliau buat kali terakhir sebagai simbolik terhadap persaraan beliau.

Jasa beliau sebagai seorang guru akan dikenang sampai bila-bila. Harapan warga SKBY,semoga kehidupan beliau akan sentiasa dirahmati Allah SWT dan berbahagia selalu disamping isteri tercinta. "Selamat bersara TN HJ AHMAD SUHAIMI BIN MOHAMAD"..

Category:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Khamis, September 30, 2010

Jamuan Hari Raya & Majlis Jasamu Dikenang

Posted by SK Batu Yon at 9:57 PG

0 comments on "Jamuan Hari Raya & Majlis Jasamu Dikenang"

Catat Ulasan