Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Pada 15 November yang lalu, bertempat di Dewan SK Batu Yon, telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2010. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf pencapaian murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2010.

Majlis pada pagi itu bermula pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDP PIBG, Tn. Hj. Hamdan Bin Dilu diikuti ucapan daripada tuan Guru Besar, En. Jamaludin Bin Othman;PPN dan ucapan perasmian oleh En. Shahrom Bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis.

Kira-kira jam 9.15 pagi, majlis penyampaian hadiah bermula. Majlis ini berakhir dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 6 dibawah pimpinan Puan Hasni Bt Che Mat.

Category:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Isnin, November 22, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Posted by SK Batu Yon at 9:12 PG
Pada 15 November yang lalu, bertempat di Dewan SK Batu Yon, telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2010. Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf pencapaian murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2010.

Majlis pada pagi itu bermula pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDP PIBG, Tn. Hj. Hamdan Bin Dilu diikuti ucapan daripada tuan Guru Besar, En. Jamaludin Bin Othman;PPN dan ucapan perasmian oleh En. Shahrom Bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis.

Kira-kira jam 9.15 pagi, majlis penyampaian hadiah bermula. Majlis ini berakhir dengan persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 6 dibawah pimpinan Puan Hasni Bt Che Mat.

0 comments on "Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar"

Catat Ulasan