Majulah Sukan Untuk SKBY

Pada 31 Oktober 2009, Hari Sukan yang ke-28 telah berlangsung di SK Batu Yon. Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi murid-murid Tahap 1,Tahap 2, kakitangan SKBY serta penduduk-penduduk Kampung Bukit Betong.

Olaragawan pada tahun ini disandang oleh Zulhazmi B Hashim dan olahragawati pula adalah Nur Aina Ikma Bt Mohd Rosli.Berikut adalah kedudukan rumah-rumah sukan selepas kesemua acara dikira matanya oleh para hakim :

JOHAN : Rumah Helang
NAIB JOHAN : Rumah Merak
TEMPAT KETIGA : Rumah Kenari
TEMPAT KEEMPAT : Rumah Bayan

Category: 4 ulasan

Karnival Pendidikan PraSekolah Zon Jelai

Pada 30 September yang lalu,SK Batu Yon Telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Pendidikan Prasekolah Zon Jelai. Sebanyak 9 buah sekolah di Zon Jelai mengambil bahagian di dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Acara-acara yang dipertandingkan sepanjang berlangsungnya karnival tersebut adalah Bercerita Bahasa Melayu, Bercerita Bahasa Inggeris, Hafazan, Mewarna, Deklamasi Sajak dan Tarian Tradisional.

Johan dan Naib Johan bagi setiap acara akan mewakili Zon untuk ke peringkat Daerah. SK Batu Yon telah menjadi Naib Johan bagi pertandingan Tarian Tradisional.Tahniah diucapkan dan semoga berjaya di peringkat Daerah.

Category: 0 ulasan

Bulan Ramadhan, Bulan Bercucuk Tanam

Ramadhan adalah bulan untuk bercucuk tanam di mana hasilnya akan menjadi bekalan untuk akhirat. Bulan Ramadhan juga memberi kesempatan kepada kita untuk membersihkan diri secara zahiriah dan batiniah. Justeru, sepanjang bulan Ramadhan ini, seluruh warga dan murid-murid di SKBY akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang mampu mendidik perkembangan rohani seperti bertadarus Al-Quran dan bersedekah jariah.

Matlamat utama program sebegini dianjurkan adalah untuk melatih diri (khususnya murid-murid Islam) untuk sentiasa menghambakan diri kepada Allah SWT supaya dapat melahirkan insan yang mempunyai kerohanian yang bersih.Selain itu, program-program ini juga dapat menghidupkan lagi bulan Ramadhan dengan amalan-amalan mulia, membudayakan amalan bertadarus di kalangan murid-murid, melatih murid-murid agar menghargai masa dengan melakukan amalan-amalan yang berfaedah serta dapat memperkenalkan murid-murid kepada cara hidup yang betul.

Category: 0 ulasan

Selamat Maju Jaya...

Pada 8 September 2009,Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah pun dijalankan di seluruh Malaysia.Di SKBY, seramai 31 orang calon menduduki UPSR pada tahun ini.

Semoga dengan berkat usaha dan doa daripada guru-guru dan ibubapa,mereka akan memperolehi keputusan yang cemerlang dan dapat mengharumkan nama sekolah.

Category: 0 ulasan

Karnival Sains & Matematik

Pada 21 Ogos yang lepas, karnival Matematik & Sains serta Karnival Bahasa Melayu telah diadakan di SKBY. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang berlangsungnya karnival tersebut; antaranya kuiz, pertandingan mewarna, melukis, bersajak dan bercerita.

Karnival ini dapat memberi pendedahan yang berguna kepada murid-murid bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Melayu, Sains dan Matematik serta aplikasinya dalam kehidupan seharian mereka disamping dapat merangsang kreativiti murid-murid.

Selain itu,murid-murid juga dapat mengembangkan minat, bakat dan sahsiah, kegiatan berfikir, meneroka dan mereka bentuk pelbagai jenis aktiviti. Pengalaman yang diperolehi dapat membantu murid membina dan mempertingkatkan keyakinan diri dalam pembentukan watak, membuat penilaian diri, mengenali citarasa sendiri dan dapat bersaing secara sihat sesama mereka. Pihak sekolah pula dapat mencari murid-murid yang mempunyai bakat bagi mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan seperti ini pada masa akan datang.

Category: 0 ulasan

Khamis, November 26, 2009

Majulah Sukan Untuk SKBY

Posted by SK Batu Yon at 12:18 PTG 4 comments

Pada 31 Oktober 2009, Hari Sukan yang ke-28 telah berlangsung di SK Batu Yon. Pelbagai acara telah dipertandingkan bagi murid-murid Tahap 1,Tahap 2, kakitangan SKBY serta penduduk-penduduk Kampung Bukit Betong.

Olaragawan pada tahun ini disandang oleh Zulhazmi B Hashim dan olahragawati pula adalah Nur Aina Ikma Bt Mohd Rosli.Berikut adalah kedudukan rumah-rumah sukan selepas kesemua acara dikira matanya oleh para hakim :

JOHAN : Rumah Helang
NAIB JOHAN : Rumah Merak
TEMPAT KETIGA : Rumah Kenari
TEMPAT KEEMPAT : Rumah Bayan

Karnival Pendidikan PraSekolah Zon Jelai

Posted by SK Batu Yon at 9:28 PG 0 comments

Pada 30 September yang lalu,SK Batu Yon Telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Pendidikan Prasekolah Zon Jelai. Sebanyak 9 buah sekolah di Zon Jelai mengambil bahagian di dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Acara-acara yang dipertandingkan sepanjang berlangsungnya karnival tersebut adalah Bercerita Bahasa Melayu, Bercerita Bahasa Inggeris, Hafazan, Mewarna, Deklamasi Sajak dan Tarian Tradisional.

Johan dan Naib Johan bagi setiap acara akan mewakili Zon untuk ke peringkat Daerah. SK Batu Yon telah menjadi Naib Johan bagi pertandingan Tarian Tradisional.Tahniah diucapkan dan semoga berjaya di peringkat Daerah.

Rabu, September 09, 2009

Bulan Ramadhan, Bulan Bercucuk Tanam

Posted by SK Batu Yon at 3:57 PTG 0 comments

Ramadhan adalah bulan untuk bercucuk tanam di mana hasilnya akan menjadi bekalan untuk akhirat. Bulan Ramadhan juga memberi kesempatan kepada kita untuk membersihkan diri secara zahiriah dan batiniah. Justeru, sepanjang bulan Ramadhan ini, seluruh warga dan murid-murid di SKBY akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang mampu mendidik perkembangan rohani seperti bertadarus Al-Quran dan bersedekah jariah.

Matlamat utama program sebegini dianjurkan adalah untuk melatih diri (khususnya murid-murid Islam) untuk sentiasa menghambakan diri kepada Allah SWT supaya dapat melahirkan insan yang mempunyai kerohanian yang bersih.Selain itu, program-program ini juga dapat menghidupkan lagi bulan Ramadhan dengan amalan-amalan mulia, membudayakan amalan bertadarus di kalangan murid-murid, melatih murid-murid agar menghargai masa dengan melakukan amalan-amalan yang berfaedah serta dapat memperkenalkan murid-murid kepada cara hidup yang betul.

Selamat Maju Jaya...

Posted by SK Batu Yon at 8:14 PG 0 comments

Pada 8 September 2009,Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah pun dijalankan di seluruh Malaysia.Di SKBY, seramai 31 orang calon menduduki UPSR pada tahun ini.

Semoga dengan berkat usaha dan doa daripada guru-guru dan ibubapa,mereka akan memperolehi keputusan yang cemerlang dan dapat mengharumkan nama sekolah.

Khamis, September 03, 2009

Karnival Sains & Matematik

Posted by SK Batu Yon at 11:22 PG 0 comments